Aerofair 2020

March 18, 2021

Aerofair 2020 Versi COVID 19 



Program Aerofair 2020 adalah lanjutan kepada Program Aerofair 2019. 

Program ini ditaja oleh Kerajaan negeri Pulau Pinang dibawah kelolaan Majlis Pendidikan Negeri Pulau Pinang. Program ini dikendalikan oleh Dr. Norizham Bin Abdul Razak dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa, Universiti Sains Malaysia.


 


Tujuan utama program ini ialah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar sekolah untuk mengenai konsep dan latihan pesawat kawalan jauh. Pada edisi kali ini, beberapa aktiviti berteraskan aeroangkasa telah diadakan dan ini termasuklah latihan melibatkan aktiviti penerbangan simulator kawalan jauh juga telah dilaksanakan seiring untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan. 




Latihan Penerbangan Pesawat Kawalan Jauh
(Pekakasan yang dibekalkan kepada pelajar)  

Simulator penerbangan pesawat kawalan jauh yang berbeza diberikan kepada pelajar. Latihan ini membolehkan pelajar berlatih untuk memandu pesawat menggunakan pesawat kawalan jauh. Pelajar boleh melakukan pelepasan, pendaratan dan menerokai penerbangan aerobatik. Simulator penerbangan menyediakan platform latihan yang selamat dan bermakna kerana tidak ada pesawat sebenar yang terlibat dan pelajar dan melakukan aktiviti ini sambil mengekalkan jarak sosial. Simulator yang diagihkan tidak terhad kepada pesawat sayap kaku, pelajar juga boleh memilih untuk menerbangkan helikopter. 



Objektif program Aerofair 2020 adalah untuk memberi peluang dan bimbingan bagi membantu pelajar sekolah di (SPS) Pulau Pinang untuk melakukan aktiviti lestari yang berkaitan dengan STEM dalam kejuruteraan aeroangkasa semasa wabak COVID 19. Program ini disesuaikan untuk membolehkan pelajar berlatih sendiri dengan bimbingan jarak jauh dalam talian. 



Disamping itu terdapat dua program sampingan yang telah dianjurkan. Program sampingan melibatkan pengagihan pesawat luncur (glider) yang diagihkan kepada 25 pelajar Tabika Perpaduan Komplek Perpaduan Nibong Tebal.

Pengenalan kepada Aeroangkasa di Tabika Perpaduan Komplek Perpaduan Nibong Tebal.


Dan bengkel “Line following Robot” di Sekolah Kebangsaan Saujana Indah, Transkrian, Nibong Tebal, Pulau Pinang. 

Bengkel Robotik kepada pelajar dan guru sains dan matematik SK Saujana Indah, Pulau Pinang.

Lanjutan mengenai aktiviti yang dijalankan ditunjukkan dalam Jadual 1.0 di bawah.


Bukan itu sahaja, program lanjutan untuk tahun 2021 juga telah bermula dengan pembangunan Simulator pesawat (Aero Flight Simulator) untuk platform telefon pintar Android dan komputer peribadi yang dihasilkan oleh Staf akademik PPK Aeroangkasa, Universiti Sains Malaysia. Simulator ini telah dicipta khas untuk sesiapa sahaja yang berminat untuk mengetahui bagaimanakah sistem kawalan dan instrumentasi pesawat. 

Simulator Penerbangan Aero Flight Simulator




Video dari youtube. Klik sini.


Simulator ini juga boleh dimuat turun ke dalam smartphone android dan juga pc. Klik sini untuk ke Google Playstore dan download secara percuma ke peranti anda!!.

Simulator Eksklusif untuk semua.

Sekian untuk aktiviti Aerofair 2020 Edisi Covid19. Semoga semua sihat dan jaga diri ya!



Read more...

USM Aeroglider v2

December 30, 2019


Universiti Sains Malaysia
Aero Glider



Glider atau dipanggil peluncur adalah satu alat yang menggunakan tujahan di awal pelepasan seterusnya alat ini akan meluncur menggunakan medium udara. USM Aero Glider adalah satu glider yang dicipta oleh En Amir Wahab, Penolong Jurutera di PPK Aeroangkasa dengan menggunakan bahan bahan yang mudah didapati di pasaran tempatan. 



SK Saujana Indah, Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Glider ini berkonsepkan DIY glider dimana peserta perlu memotong sendiri foam berdasarkan tekapan yang dilukiskan dan seterusnya mencantumkan bahagian bahagian yang sudah dipotong tadi. Penggunaan hot glue gun dan hot glue stick adalah bahan pelekat utama yang digunakan untuk melekatkan foam foam yang sudah dipotong tadi. 


Penggunaan Carbon Fishing Rod di bahagian belakang ekor menjimatkan kos berbanding menggunakan balsa wood yang digunakan sebelum ini.


SMK Serdang Baharu, Kedah.
Berikut adalah cara cara untuk pemasangan USM Air Glider ini untuk rujukan pelawat dan juga rujukan peserta.


Terdapat beberapa penambahbaikkan yang telah dilakukan iaitu:

a) Penggunaan hot glue untuk pemasangan sayap kepada badan kapal terbang. Ini kerana penggunaan getah akan menyebabkan sayap mudah untuk rosak akibat tarikan getah tersebut.

b) Memuatkan batu ladung pemberat ke dalam badan kapal terbang sebelum menutupnya dengan menggunakan lapisan depron di bahagian luar.



Demo Penerbangan


Sekian.

TRACK RECORD USM AEROGLIDER.


2019 : SK Saujana Indah Succesfully build 120 USM Aeroglider


2019 : SMK Serdang Baharu succesfull build 12 USM Aeroglider


2020 : 43 Participants from Community Digital Academy succesfully build 43 USM Aeroglider.


2020 : 43 Participants from Community Digital Academy succesfully build 43 USM Aeroglider.









Read more...

Aerofair 2019

November 11, 2019

AEROFAIR 2019

AEROSPACE OUTREACH AEROFAIR PROGRAMME

30 Oktober 2019 - Seramai 25 pelajar yang terpilih dan lebih 10 guru dari 5 buah sekolah di daerah seberang perai selatan telah menghadiri program yang dianjurkan setiap tahun oleh Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa. Sekolah sekolah yang terlibat pada kali ini ialah SMKA Sheikh Abdullah Fahim, Nibong Tebal, SMK Tunku Abdul Rahman, Bukit Panchor, SMK Saujana Indah, Taman Ilmu, SMK Sungai Acheh, Sungai Acheh dan SMK Simpang Ampat, Simpang Ampat, Pulau Pinang.
.


Untuk tahun ini, dengan mengekalkan produk stem USM Aerojet, ianya telah ditambah baik dengan penambahan elemen kawalan kapal terbang secara separa auto iaitu penggunaan pengawal penerbangan sistem terbuka apm 2.8. Sistem penerbangan yang biasa digunakan untuk pengawalan drone itu kini boleh diintegrasikan dengan USM Aerojet.


Faedah menggunakan kawalan ini adalah untuk memberi kawalan auto stabilisasi kepada kapal terbang dan membantu penerbang baru untuk menerbangkan aerojet dengan lebih baik. Selain itu juga, penggunaan pengawal penerbangan seperti ini adalah murah dan boleh dimiliki oleh sekolah untuk digunakan. 


Penerangan secara hands on, melalui manual yang disediakan juga telah membantu untuk peserta menyiapkan pemasangan dalam masa kurang daripada 4 jam. 


Pada waktu petang, diadakan sesi penerbangan demo dan penerbangan oleh setiap sekolah. Kebanyakan sekolah dapat menerbangkan kapal terbang aerojet mereka dengan baik dengan bantuan pengawal penerbangan tersebut. 



Berikut adalah gambar gambar semasa aktiviti aerofair yang diadakan pada hari tersebut.














Ucapan terima kasih kepada Pejabat Pendidikan Seberang Perai Selatan, Penang Education Council, Penang State Government, PPK Aeroangkasa, Kampus Kejuruteraan USM (aerospace.eng.usm.my) dan semua guru, staf dan pelajar yang menyertai program ini pada kali ini. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.

Read more...

Aerofair 2018

August 14, 2018

Aktiviti 1

Assalamualaikum wbt.

Pada tanggal 15 Ogos yang lepas, Aerofair 2018 aktiviti 1 sudah berjaya dilaksanakan dengan melibatkan hampir 20 murid, 6 orang guru dan 15 orang ajk program. Aktiviti 1 adalah bengkel selama 1 hari yang dijalankan khusus untuk peserta di mana pada akhir program, peserta boleh membawa pulang sebuah kapal terbang kawalan jauh kos rendah yang murah dan mudah untuk diselenggara. Kapal terbang ini boleh diterbangkan di sekolah seterusnya boleh diadakan pameran kepada murid murid lain di sekolah.

Banner Aerofair 2018

Dr Norizham selaku pengarah projek pada kali ini telah memberikan penerangan beserta misi dan visi untuk aktiviti kali ini. Aktiviti kali ini yang berfokuskan STEM adalah salah satu kegiatan promosi yang dibiayai sepenuhnya oleh Penang Education Council, dibantu oleh Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Selatan dan dianjurkan oleh PPK Aeroangkasa Universiti Sains Malaysia.

Kelihatan model kapal terbang berwarna putih sebagai objektif projek pada kali ini


Peserta mendengar dengan teliti penerangan ketua projek

Peserta peserta daripada sekolah sekolah yang terlibat diberikan penerangan berkenaan keseluruhan perjalanan aktiviti pada hari tersebut. Isu keselamatan semasa bengkel juga diterangkan semasa sesi tersebut.

En Zihad memberikan penerangan ringkas berkenaan 3 bahagian utama untuk aktiviti kali ini
Seterusnya En Zihad menerangkan lebih lanjut berkenaan proses yang akan dilalui oleh pelajar pada hari ini. Untuk kali ini, peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan kecil. 3 kumpulan kecil ini terdiri daripada bahagian pembuatan badan dan sayap kapal terbang, bahagian elektronik dan kawalan kapal terbang dan Simulator pesawat.

Penerangan berkenaan pelan USMAeroJet Mk.1

Persediaan untuk memotong dan pembinaan sambal diperhatikan oleh guru pengiring

Hasil kerjasama daripada guru guru dan mentor, murid dapat menyiapkan badan pesawat dalam masa sehari iaitu bermula daripada pemotongan pelan sehingga kepada kawalan sayap dan sebagainya. Pada kali ini, penggunaan bahan mentah seperti depron dan gam panas telah banyak memudahkan peserta untuk menyiapkan badan kapal terbang ini. Untuk makluman semua, pelan kapal terbang kali ini telah direkabentuk oleh Pengarah Projek selaku pensyarah di PPK Aeroangkasa dan dinamakan sebagai USM AeroJet Mk.1.

Penerangan untuk bahagian elektronik dan system kawalan.

Penerangan penggunaan remote Mode 1

Pada masa yang sama di bahagian elektronik, Dr Faizul dan En Amir sebagai mentor telah mengadakan sesi pembelajaran teori dan teknikal kepada murid secara asas untuk cara penggunaan yang betul berkenaan remote simulator dan system elektronik kapal terbang. Sistem elektronik untuk system kapal terbang ini juga penting supaya kapal terbang yang diterbangkan pada masa akan datang adalah selamat dan dapat diterbangkan dengan sempurna. Peserta kelihatan proaktif apabila dapat belajar secara hands-on berkenaan alatan yang dibekalkan dan kelihatan lebih faham dan cepat untuk memahami pembelajaran pada kali ini. Pihak mentor juga telah menyediakan salinan manual yang direka khas untuk bahagian elektronik sebagai rujukan semasa dan selepas bengkel ini pada masa akan datang.

Peserta menerbangkan sendiri kapal terbang simulator

En Azrul membantu pelajar untuk pemilihan kapal terbang dan situasi yang sesuai

Lai memberitahu cara pelancaran yang sesuai untuk kapal terbang


Sesi simulator hanya melibatkan seorang peserta yang akan fokus kepada latihan penerbangan. Seperti program program sebelum ini, kami juga telah membekalkan peralatan komputer untuk peserta berlatih sepanjang hari disamping mendapat latihan daripada mentor yang berpengalaman.
Simulator adalah salah satu latihan yang penting diaman ianya akan melatih pilot baru dan juga pilot lama untuk membiasakan diri dengan kawalan kapal terbang yang akan diterbangkan selepas ini.

Peserta dan ajk bergambar dengan kapal terbang masing masing.

Pada akhir sesi pelajar telah dapat menyiapkan kapal terbang masing masing. 4 buah kapal terbang dari 4 sekolah telah berjaya disiapkan dengan pemasangan badan kapal terbang dan system kawalan elektronik. Sebagai ahli kepada Aerofair2018 pada kali ini, kami rasa amat berbangga dengan kesungguhan peserta dan guru yang terlibat dalam aktiviti kali ini. Hasil dari kesungguhan dan komitmen pelajar, proses bengkel untuk aktiviti 1 pada kali ini dapat berjalan dengan sempurna.

Bersambung untuk posting seterusnya..Aktiviti 2 Funfly pada oktober nanti!



















Read more...

AEROFAIR 2018

August 2, 2018

Pada kali ini, hasil dari kesinambungan Aerofair 2017, Aerofair 2018 akan menampilkan satu kelainan yang berbeza disamping menambah baik program yang lepas berkenaan dengan Kapal Terbang Kapal Jauh DIY. Jika pada sebelum ini, murid sekolah diajar untuk memasang kit kapal terbang sky surfer 1.4 meter wingspan, tetapi pada kali ini, murid akan diajar dan ditunjukkan cara untuk membuat dan menerbangkan kapal terbang DIY yang akan mereka buat sendiri.

Objektif untuk Aerofair 2018 pula adalah untuk membimbing dan membantu pelajar pelajar sekolah menengah di Seberang Perai Selatan untuk mengikuti aktiviti berkaitan STEM dalam bidang aeroangkasa. Tema yang dipilih ialah Merekabentuk dan Membina Pesawat Kawalan Jauh. 

4 buah sekolah yang terpilih pada kali ini ialah SMK Tunku Abdul Rahman, Bukit Panchur, SMKA Nibong Tebal, SMK Simpang AMpat dan SMK Saujana Indah. 

Pelajar pelajar ini akan dibimbing untuk membina pesawat kawalan jauh menggunakan foam berdasarkan rekabentuk yang diberikan. Semua peralatan dan bahan aktiviti akan disediakan.


Di atas adalah pelan kapal terbang yang direka oleh Dr Norizham selaku pengarah projek untuk aerofair 2018. Ianya menampilkan kapal terbang kawalan jauh yang menggunakan sistem elektrik dan berkos rendah sesuai untuk digunakan oleh juruterbang rc yang baru menceburi bidang ini.


 Rekabentuk kapal terbang dari bahagian atas menampilkan dual vertical tail dan penggunaan elevon (elevator + aileron) untuk manuver.

Bahagian bawah pula adalah bahagian yang akan menempatkan sistem elektrik seperti ESC (Electronic Speed Controller) dan Motor elektrik untuk tujahan.

Berikut adalah sambungan mudah untuk bahagian elektronik yang akan digunakan untuk kapal erbang kawalan jauh kali ini.

Dan berikut merupakan cara carfa ringkas untuk menyiapkan kit kapal terbang USMAero Jet Mk 1. yang akan digunakan oleh pelajar nanti. Penggunaan hot glue yang berkos rendah membolehkan kapal terbang ini disiapkan dalam masa 1 jam. 

3 buah kapal terbang demo yang sudah diujiterbang di USM.

Penggunaan EPP tape merah dan kuning mengikut kreativiti 

Kuning ringkas untuk kapal terbang ini.

Di atas adalah 3 gambar kapal terbang RC yang telah siap diterbangkan dan ditampal EPP Tape untuk pewarnaan mengikut kreativiti masing masing. 

Read more...

  © Designed and managed by zmk. Modified from OBT

Back to TOP